Isnin, 30 September 2013

Aku.Nico.Saketnya Rindu....

 Tadi aku ade baca kt fb dunia kucing pasal abam, sikucen yg jatoh saket dan meninggal sbbb terlalu rindukan tuannya yg dah meninggal dunia. Sedih betul, aku nanges. Dan terus menanges bila aku teringat kt kucen aku si NICO. Kali ni aku nk cite pasal NICO, cite dr mana aku dpt dia sehingga la dia.....Maaf, coretan ini agak panjang....

  Bulan 12 taun 2012 aku balik ke jb sbb ade kenduri kawen sedara kt sana. Mase perjalanan blik ke bentong aku singgah di masjid karak sbb waktu magrib da masuk (kami blik jb ikot jln lama) mase nk amek wudhu aku terdengar ade bunyi anak kucen mengiau2, bunyi takut atau lapo. Aku jengok2 gak kt sekitar kwsn wudhu wanita tu, bimbang ade anak kucen yg jatoh longkang, tp takde. Lepas berwuduk aku jln nk masuk ke ruang solat, tetiba tengok 2-3 org budak dok main ank kucen. Aku tgk dr jaoh, dlm ati berbunyi, oh bebudak ni main patung anak kucen upernya, ingatkan yg betol.

  Selesai solat aku ngan mak pon keluor nk blik ke kereta, tp tetiba langkah aku terhenti sbb terdengar lg bunyi mengiau yg kuat kali ni dr arah depan pintu nk masuk mesjid. Ade 2 org budak lelaki kt situ dok angkat letak anak kucen. Aku gi dekat, eh ni kucen betol la aku ingatkan anak patong. Comelnya. Aku pon tnya kt bebudak tu sape punye? Kalo dia punya aku suroh bwk blik bimbang kena langgor (mesjid karak ni tepi jln besor, mmg agak sibok kwsnnya) tp budak tu kate tu bukan dia punye tp kucen org buang agaknya. Aku tersentak dgr kata2 budak tu, terus aku rase simpati sedih giler dtg memcocok2 sanubari ni. Tak berlengah aku panggil alem adik aku, dia tgk n terus pelok kucen tu, jengok2 kt tepi2 tu takde tanda2 ada ibu kucen atau kucen2 lain hanya dia sekor. Alem dukung dia nak gi jumpe abah yg time tu tgh berborak dgn kwn dia (Karak ni kampung abah, boleh dikatakan sebahagian besor org asal sini mmg kenal dan mungkin bersaudara satu sama laen)

  Mase tunjuk kt abah, Abah diam. Aku tak putos2 berdoa dlm ati agar abah terbuka ati nk bela kucen tu. Alem mintak izin nk jaga, Abah diam lg. Tetiba kucen tu bunyi sayu sgt bunyi dia, abah pandang dia n terus amek dr alem, dukung n pelok kt dada abah, ajaib dia terus senyap x berbunyi. Dlm keta pon dia diam je. Dlm ati aku da bersorak gumbire, syukor sbb ALLAH dah makbulkan doa aku(sebenarnya da 3-4 bulan aku membodek abah nk bela kucen tp abah x bg sbb maseh teringat kt bip kucing kami dulu (bip mati betul2 dlm pangkuan aku mmg meraong x engtlah)




Berbalik pd cerita ank kucen yg kami bwk blik tu, semua sepakat nk bg nama NICO, sempena nama kucen pertama belaan kami yg juga dah mati. NICO kami jaga dgn penoh Kaseh syg, mkn minom semua cukop. Dr seekor kucen kecik n lemah, dah bertukar ke kucen yg aktif cantik segak (jantan) hensem n manja. Sepenuh Kaseh syg kami curahkan pd Nico, bior aku tak mkn asalkan NICO kenyang bior aku tak mandi asalkan NICO bersih n wangi. Korang bygkn lah,  punye la aku jaga kebersihan dia smpaikan dia kencing n berak pon aku basuh n lap bontot dia pakai wet tisu brand anakku atau pon purren. NICO sgt bijak, dia tau nak diri, dia tau jaga kebersihan n dia tau adik aku ekin geli kan kucen n dia tak dtg ganggu.

Satu ari dah hmpir 5 bulan usianya, NICO demam. Demam panas sgt. Dia monyok, taknak mkn taknak minom nak tidor je. 2 hari dia mcm tu, akhirnya aku ajak Abah gi vet gomen. Kat vet dia kena cucok vitamin n obat cacing. Hari ke 4 baru la demamnya kebah dan dia berselera mkn semula. Tapi kali ni aku tgk NICO mcm tak cergas, tp ada juga la dia nk bermesra2. Aku agak mungkin sbb dia penat.

Satu hari NICO hilang, gempar satu rumah! Selalu kalau dia lepak kt depan umah mesti dia blik. Tp kali ni dia tak blik2 dr pagi dia keluor bawa ke mlm tak nampak2 mukanya. Mase tu abah ngan mak pulak takde blik jb. Aku taktau nk buat ape. Mlm tu aku ngan ekin merayau satu kawasan taman n kejiranan dok cari panggil2 nama dia. Mase cari aku terserempak byk anjing liar, aku terus menanges sbb takot anjing ni da kenduri kan si NICO. Abah talipon aku nanges2 ngadu, abah susah ati, terus wat keputusan nk blik bentong ari esoknya. Mase pusing 1 taman tu aku ngan ekin tak kesah dah rase takot, dgn kayu kt tgn kami redah gelap mlm smbil panggil2 nama NICO. Korang bayangkan ekin mase tu baru lekat baby tgh mabok2. Tp tetap gagah kn diri cari NICO. Mlm tu buat pertama kali aku tdo tanpa NICO, pertama kali gak kami tdo dgn pintu depan tak bertutup sbb berharap NICO blik n senang nk masok, lupe dah pd kisah pencuri lupe dah pd kisah makhluk halus. Sepanjang mlm  aku menangis, update kt fb pesan pada kengkawan n jenjiran kalau2 ade yg ternampak atau jumpe. Ekin siap wat iklan kt fb nk bg reward rm100 pd sesiapa yg jumpa si NICO!

3 hari NICO tak blik, kami semua dah buntu. Abah ngan Alem tiap2 mlm cari NICO. Mase tu tgh sibok nk ngundi. Alem siap pesan kt kengkawan dia kt bilik gerakan kalo jumpe bg tau. Aku dah takde mood nk gi ngundi, asek nanges je. Ekin tiap2 kali lepas solat baca yassin agar ALLAH bantu kami sbb ekin yakin NICO maseh ada. Hari ke 4, lepas maghrib, usai ekin membaca yassin, kakak qaisara ternampak kelibat kucen terhendap2 kt tepi motor alem, emak bingkas menerpa dan sah la mmg si NICO! Masa ni satu family kami semua menanges, sedih, gembira, rindu berpadu dlm satu tangisan! Tak percaya! NICO dah balik! NICO kami pelok seerat2 nya. Rupa dia sgt sedih kotor, busuk tak terurus....muka dia nmpk sgt keletihan. Kami mengagak NICO sesat! Mungkin diculik budak2 nakal, bab NICO ni ramai peminat. Lepas kejadian tu mmg pergerakkannya kami pantau risau dia hilang lg. 

Seperti yg di jangka, NICO hilang lg, tp kali ni kami semua tak gelabah, kami Rileks sbb ramai yg kate kucen jantan bila sudah bakhil baligh sememangnya dia akan keluarnya beberapa hari. Dan akan kembali semula selepas selesai misi nya. Tp dlm masa tu kami tetap berpesan2 di fb pd kengkawan n jenjiran untuk memaklumkan jika ternampak dia. Akhirnya jiran belakang umah aku, bgtau NICO ada dirumahnya, mungkin dia silap rumah!


Sejak dijumpai tuk kali Ke-2 mcm kt gmbor tu la perangai dia, termenung je, mkn pon bile betol2 lapor, dah tak nk bergurau mcm dulu. Tdo pon dlm bilik air. dulu dia tak suke dok dlm bilik air kecuali tuk kencing n berak. Mmg berubah abes perangainya. Kami sume pelik. Sampai satu hari NICO mcm kena sampok berlari x tentu arah melanggar ape je yg ade di sekelilingnya. Terhantuk2 kepala dia pd pintu sliding, dinding dan kerusi, seksanya aku tgk. Sampai terkencing2 dia bila terkena serangan begitu. Lepas lega ailior dia meleleh2 busok sgt! Aku gugel dlm internet, info yg aku dpt, sawan kucing! Ciri2 penyaket tu sume ade kt NICO. Malangnya ubat takde. Aku bwk gak pegi vet, org vet tu kate kemungkinan buah pinggangnya rosak sbb kami bg dia mkn makanan wet food instant terlampau byk! Mmg itulah makanannya setiap hari. Friskies, whiskas,prodiet, itu yg kami bagi. YA ALLAH! Betul ke salah kami? Hati jd risau,aku berdoa siang mlm supaya NICO cepat semboh walaupun pegawai perubatan tu kate kite redho je.

Semakin ari kesihatannya menurun dlm tempoh sebulan lebih, hampir sepuloh kali NICO terkena serangan sawan. Setiap kali dia meronta menghempas badan, aku menanges! Takde ape yg mampu aku buat kecuali menenangkannya sambil mengosok2 muka n badan n panggil namanya. Aku tak kesah dah bau busuk dan air kencing dia yg bersepah, yg penting nico kena di tenangkn. Setiap ali dah tenang dia padang aku dgn sayu....matanya berkaca2. Aku tau, dia saket! Kalau la dia tau yg aku juga saket tgk dia mcm tu...

  10 hari sebelum peristiwa sedih dlm hidop aku dan kami sekeluarga.... NICO semakin terok diserang, mase ni dah tahap terberak2. Aku lebih byk kurung dia dlm ssangkar sbb taknak dia saket terhantuk bile kena serang. Dlm sehari semalam, dia pernah di serang smpi 5 kali! Bayangkan betapa penat dan saketnya ia menanggung. Dah bermacam ubat aku cari, air zamzam pun ku beri tp takde prubahan. Setiap kali di serang, NICO akn menanges! Aku tak tipu sbb aku yg lap airmata dia! 3 hari sebelum dia pergi aku ikot ekin balik seremban, mmg berat nk tinggalkan dia. Tp aku tgk dia agak baik, dah 2 ari dia tak kena sawan. Muka pun nmpk ceria dan dia mula nk tdo dgn alem semula mcm mula2 dia sampai dulu. Dah boleh begurau, smpi dia gigit tgn aku berdarah! Mungkin geram, Aku sakat dia.
Akhirnya........ Mase aku di seremban pukol 5 pagi abah talipon bgtau NICO dah takde! Aku terkedu! Dlm ati mejerit! Tp suara x keluar. Mase solat suboh aku menanges tersedu2 aku terbayang2 NICO dok ade kt kaki aku kuis2 telekong yg aku pakai mmg itu lah kerjaya bile aku atau mak tgh solat. Hancurnya ati tak tau nak cakap! Aku rase sgt2 terkilan sbb tak dapat tgk jasad dia, tak dapat nak cium n usap dia buat kali terakhir mcm aku usap n cium bip dulu. Apekan daya.. Aku jaoh mase tu...



Balik dr serembn perkara pertama yg Aku buat pegi kubor NICO! Mak tanam kt belakang umah di Karak. Sayu! Aku tak berenti menanges! Rase kosong! Mana2 aku pandang dlm rumah aku ternmpk2 kelibat dia. Tdo mlm mmg tak lena. Mak cerita, mlm terakhir tu NICO diserang lebih dr 5kali! NICO menghembuskan nafas terakhir di dpan bilik tidor aku! Saketnya rindu!!! Tapi aku kena kuat! Aku kena redho, biarkan NICO pergi dgn tenang supaya ia tak tersekasa. Aku tau ade yg mencebik dgn sikap aku yg nmpk terover2 dgn kematian NICO, sbb hanya sekor kucen! Biorlah...hanya yg pernah kehilangan sesuatu yg di Sayang yg tau Perasaan aku! Bukan aku saja yg besedih malah seluroh keluarga kami bersedih terutama ABAH! Sampaikan dia berpesan, tak nak bela kucen lagi! ABAH taknak rasa saket ni lagi!!! Sampai saat ini, abah akan menitiskan airmata kalau dia tgk gmbr NICO, atau sesekali kami bersembang kenangan dgn NICO, yup! Abah lah yg paling sayang NICO! 


NICO sayang, damailah kamu disana. Kami disini tak pernah lupakan kamu! Terimakaseh sebab sudi hadir menceriakan kami. Maaf di pohon sekiranya NICO tak selesa sepanjang di bawah jagaan kami. YA ALLAH, ampunkan kami sekiranya kami lalai atau terkurang dalam tanggungjawab yg engkau amanahkan pada kami ini. Terimakaseh kerana memberi kami peluang bermesra dgn NICO walaupun seketika! NICO, hanya kamu tiada yg laen.
NICO....NICO!!!!!

*NICO bukan yg pertama, bkan jua yg terakhir! Selagimana rezeki yg ALLAH beri padaku dan kami sekeluarga, insyaallah! Kucen2 jalanan ini, akan kami kasihi sepenoh hati! 

~angahituaku~




2 ulasan:

  1. comelnya nico.
    sedih baca.
    reena pun pernah tulis pasal kucing dalam blog.
    memang bila kita dah sayang kucing, kita akan sayang dia sampai bila-bila.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Comelkan... Sampai skang reena akk mmg X leh lupakan dia. Wallpaper hp ni mmg lekat gambar dia, bile rindu cium henpon je. Kalau blik karak selalu panggil nama dia, rase mcm dia maseh ade tp cuma tak nmpk di mata.

      Padam